Showing posts with label pagi. Show all posts
Showing posts with label pagi. Show all posts

Friday, 7 February 2014

Lari

Sewaktu
Kanak kanak
Berlari lari
Dikejar orang
Yang disangka hantu
Lari
Bila ternampak
Si pemotong rumput
Yang disangka
Mencari kepala
Sekarang
Masih
Berlari lari
Bukan Dikejar
Tetapi mengejar
Komuter
Jam 7:27 pagi..

Sunday, 19 January 2014

Jam 2

Pagi buta
Baru terjaga
Jam dua
Berjalan jalan di luar tak mungkin
Maka
Berjalanlah di alam maya
Tapi tidak lama
Mata tidak lagi mahu dibuka
Minta pulang ke kamar semula
Esok merayau lagi
Di sini..

Saturday, 18 January 2014

Tidur

Hari pun dah pagi
Battery pun dah nak habis
Eloklah masuk tidur
Siang nanti kalau ada masa datang lagi
Pagi nak bawak anak ke sekolah
Taekwando
"Hiap! Hiap!", jerit dia
Biar dia ada activity sikit
Bagus untuk dia