Wednesday 29 January 2014

50sen

Dapat Whatsapp dari Teman..

Kisah 50sen yg menyentuh hati
Cikgu : Kenapa Alif tak rehat?
Alif : mak saya beri 50sen sehari cikgu.. kat kantin 50sen ni dapat beli nugget je skeping.. malu la cikgu beratur panjang2 dapat beli nugget skeping jaa. Jadi saya kumpul duit hari ni untuk makan hari esok, jadi saya dapat la makan nugget dengan air sirap 50sen.. Saya kat kantin hari Selasa & Khamis je cikgu (Alif tertunduk malu)
Perasaan saya mula bercampur baur, sedih & sebak. Di zaman 2014 ini masih ada pelajar yang membawa 50sen ke sekolah. Ramai di antara kita memandang 50sen itu jumlah yang kecil sedangkan bagi pelajar ini 50sen sangat besar ertinya..
Cikgu : Kalau hari Jumaat awak tak pergi kantin la ya?
Alif : Oh .. hari Jumaat duit 50sen ni saya sedekah masa bacaan Yasiin, cikgu." jawab Alif dengan bersahaja. "Mak saya kata kalau kita sedekah, rezeki kita akan bertambah.."
Mata saya dah berkaca... Saya terkejut & bertambah sebak. Dah la duit ada 50sen, siap boleh sedekah pulak lagi.. Ya Allah, limpah kan laa rezeki bagi keluarga pelajarku ini.. Luaskan rezeki mereka semoga mereka tak lagi berada dalam kemiskinan..
Huh, macam terpukul sungguh saya, bayangkan duit 50sen yg diberi untuk makan, dia sedekahkan 50sen untuk tabung sekolah setiap Jumaat semasa bacaan Yasiin.. Sanggup ke kita ye?

Itulah ceritanya
Jadi sebenarnya
Siapa yang miskin?
Dan siapa yang kaya?

5 comments:

  1. erks..sebak pulak baca..tak semua org sanggup buat mcm ni kan?hmm.. T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. exactly.. ramai yg income besar besar tapi merasa sangat berat nak beri sedekah..

      Delete
  2. semoga jadi ikhtibar kat semua yagn belanja sakan tak ingat dunia '-'

    ReplyDelete